KUALA LUMPUR – PAS hari ini mengumumkan pembentukan blok baru pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Gabungan itu akan menjadi blok politik ketiga selepas Umno-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang tempoh berbaki dua tahun lagi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas blok baru pembangkang ini membawa agenda politik yang berbeza dengan Pakatan Harapan.
“Kita tidak mahu mengikut Pakatan Harapan yang menggunakan pendekatan ekstrim.
“Kita pilih pendekatan membangkang secara nasihat, kemuka cadangan yang baik. Apa yang kerajaan buat kita sokong. Yang tak baik kita nasihat,” katanya di sidang media sebentar tadi.
Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan gabungan itu sebagai pencetus menentang kemungkaran dan memperkukuhkan kebaikan sebenar untuk rakyat.
“Kita membuka ruang ke arah membina satu kumpulan persefahaman kerjasama politik yang tersusun yang sedang digagaskan oleh PAS dengan membawa model budaya politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera dengan parti-parti politik dan badna bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta.
“Ia menuntut kami untuk turut bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara kita ini,” katanya.
No comments: