'/>

Satu Gurauan Yang Matang dan tiada berniat menghina

SEBARAN MEDIA

Satu Gurauan Yang Matang Dan Tiada Berniat Menghina

Merujuk kepada komen komen media sosial tentang gurauan CM Adenan mengenai PM Najib jika nak belajar bahasa Iban, nak cepat pantas, carilah isteri Iban. Kami mohon semua pihak khususnya orang orang Iban agar mengambil gurauan ini sebagai satu gurauan matang dan harus diterima sebagai gurauan dalam suasana santai yang berniat baik, yang dihadiri oleh pelbagai kaum termasuk golongan wanita Iban.

Sebagai seorang yang mengenali YAB CM Adenan, beliau dikenali sebagai seorang yang suka bergurau dimana juga beliau berada dan di mana mana upacara rasmi pun beliau akan mengeluarkan gurauan sebagai intipati ucapan. YAB CM amat menghormati setiap bangsa khususnya kaum Iban dimana dalam mana upacara beliau akan berbahasa Iban.

Desakan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) yang mahukan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Adenan Satem memohon maaf kerana dikatakan menyinggung perasaan kaum Iban, khususnya golongan wanita semasa menyampaikan ucapan perasmian Program MINDA, Sabtu lepas adalah lebih bersifat ‘kepentingan politik’ dan tidak perlu ditimbulkan. Sebenarnya mereka tahu seperti umum tahu, Adenan tidak bermaksud apa yang dikatanya untuk dikaksanakan secara "literal". Ianya suatu gurauan yang berunsur "gentleman's kind of jokes" dan hanya itu sahaja.

Malah, jika diamati kata-kata Adenan tiada satu pun perkataan atau maksud yang dikatakan menyinggung wanita Iban termasuklah merendahkan maruah dan martabat golongan wanita Iban.

"Terima Kasih. Semua pelusuk Sarawak tok. Udahnya pergi.

Tang ya nya sik sik nemu jako iban aja

Jako laut nemu ya ja.

Jako orang Putih nemu ya

Jako Iban enda nemu.

Aku nasihat. Mun nak cari bini baru, ngiga orang Iban.

Ya guro kitak ajak. ( sambil ketawa…)"

Semasa majlis MINDA itu, mereka yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum dan tiada pula wanita Iban yang berasa tersinggung dengan gurauan Ketua Menteri itu.

Malah, mereka turut berasa bangga dengan Adenan Satem kerana bercakap bahasa Iban di hadapan ‘orang Malaya’.

Selama ini sepanjang menjawat Ketua Menteri, Adenan tidak pernah mengenepikan hak atau keistimewaaan masyarakat Iban berbanding beberapa pemimpin politik pembangkang yang hanya muncul apabila tiba musim pilihan raya. Malah polisi CM Adenan tertumpu pada agenda mengubah tahaf penduduk luar bandar khususnya di rumah rumah panjang dan dipesisiran sebagai teras polisi kerajaan di bawah pimpinannya.

Sebaliknya, PEDAS sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang nyata pro-pembangkang dan mempunyai hubungan yang baik dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya " rasa terpanggil " dan cuba nak mengambil peluang ini untuk mensensasikan gurauan tersebut agar lenjadi isu politik. Mereka cuba untuk menjejaskan imej Ketua Menteri yang kini semakin popular dan diterima rakyat. Kami melihat sikap ini adalah usaha jelik untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kemaraan Adenan dengan  dasar-dasar,initiatif dan usaha mensejahterakan rakyat. Mereka cuba untuk "mencuri" perhatian sambil berharap untuk mendapat "political mileage" darinya. Kalau beginilah dikapnya,hingga gurauan yang senang diterima ramai disensasikan,maka semakin "over-politicking" lah jadinya mereka yang berkenaan.

Ingin kami nak soalkan kenapa gurauan ini menjadi isu dan dimanakah PEDAS tetapi ketika saudara kita Watson Nyambek ditimpa kesusahan dan Adenan tampil penuh prihatin dan empati menolongnya, dimanakah mereka ini semua? Adakah ini lebih penting dan bermakna?

Disediakan Oleh

DATO' IDRIS BUANG
AHLI MAJLIS TERTINGGI

Merangkap

AHLI  "SPOKESMEN "
PARTI PESAKA BUMIPUTERA BERSATU SARAWAK

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY