'/>

KENYATAAN TERBUKA UNTUK MIEZA NAWAWI

KENYATAAN TERBUKA UNTUK MIEZA NAWAWI

“The people's government, made for the people, made by the people, and answerable to the people”

SENGAJA saya mengutarakan mutiara kata yang seperti di atas kerana sesungguhnya itulah sebenarnya makna sebuah kerajaan yang didokongi penuh oleh rakyat.  Dan begitulah juga apa yang telah dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Adenan dengan barisan “Team Adenan” iaitu mengenai pembekuan serta merta permit kerja baru di Petronas Sarawak.  Sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sarawak dan sudah tentu ianya bukan untuk membalas dendam tetapi untuk memperjuangkan nasib rakyat Sarawak di bumi Sarawak sendiri. 

Amatlah mengecewakan kerana disebalik sokongan dari rakyat Sarawak tiba-tiba ada satu individu yang mengenal dirinya sebagai Mieza Nawawi yang juga cukup angkuh dengan dirinya sebagai “Ahli Parlimen Belia Malaysia bagi zon Sarawak” tampil dengan kenyataan yang songsang seolah-olah memperlekehkan apa yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak.  Dikhabarkan juga posting seperti printscreen yang disertakan telah dideletekan namun sayang inilah dunia media sosial yang beliau tidak ketahui.  Individu yang langsung tidak dikenali malah bagaimana dia boleh menjadi APBM zon Sarawak pun boleh dipersoalkan.  

Kita boleh berbeza pendapat tetapi untuk kesekian kalinya kenyataan terbuka ini adalah untuk mengatakan bahawa anda sebenarnya TIDAK LANGSUNG mencerminkan pembawaan diri anda sebagai “bakal pemimpin” suatu hari kelak.  Memperlekehkan Datuk Adenan dan barisan kabinetnya “BODOH” sudah cukup kurang ajar.  Sebagai seorang pemimpin no. 1 Sarawak tiada polisi yang dibuat sewenang-wenangnya tanpa rujukan yang sahih.  Dan jangan sesekali kamu mengatakan ianya “based on political demand” kerana apa yang diperjuangkan oleh Datuk Adenan selama ini merupakan HAK BAGI RAKYAT SARAWAK. 

Dan adakah sebagai seorang APBM kamu boleh mengeluarkan kenyataan berdasarkan kepada “grandmother story” atau “hear and say”. Tidakkah kamu mempunyai kapasiti untuk mendapatkan statistic sebenar sebaliknya mengeluarkan kenyataan “childish” yang lebih menampilkan kedangkalan kamu sendiri sebagai seorang pemimpin belia masa hadapan. 

Mungkin kamu sudah hilang jatidiri sebagai anak Sarawak sehingga kamu lupa bahawa Sarawak sebenarnya 3 entiti pembentuk Malaysia.  Tiada Sarawak mahupun Sabah tiadalah Gagasan Malaysia.  Dan di dalam pembentukan satu gagasan ini suatu waktu dahulu tercatit satu hal yang bermaksud autonomi.  Dan autonomi ini juga ada menyatakan hak Borneonisasi.  Borneonisasi ini bermaksud sebarang pekerjaan hendaklah didahulukan rakyat Sarawak.  Dan ia dibuat bagi memperjuangkan untung nasib anak Sarawak di bumi Sarawak sendiri. 

Kamu boleh bersikap “infiority complex” tetapi tidak bagi orang Sarawak yang lain kerana sudah terbukti kepakaran anak Sarawak tidak kurangnya di industry pekerjaan seantero dunia.  Jadi dengan mengatakan orang Sarawak selama ini hanya memenuhkan kuota juga sebenarnya menunjukkan betapa kamu merendah-rendahkan kepandaian dan kepakaran orang Sarawak selama ini. 

Saya bukanlah siapa-siapa wahai Mieza Nawawi tetapi saya adalah anak Sarawak yang cintakan Sarawak. Walau jauh beribu batu saya mencari rezeki demi sesuap nasi yang halal untuk keluarga, hati dan nurani saya sentiasa milik Sarawak.  Setiap yang baik dan memperjuangkan untung nasib Sarawak sentiasa menjadi yang paling utama di dalam agenda hidup saya. 

Dan begitulah juga kamu sehendaknya Mieza Nawawi. Jangan gah sebagai APBM kerana kamu belum tentu boleh menang jika berada di alam pilihanraya jika kamu bersifat sedemikian.  Datuk Adenan dan barisan Team Adenan yang kamu panggil "bodoh" dan "shallow minded dude" itu telah terbukti keperkasaannya sehingga menang majority 72/82 dari kerusi yang dipertandingkan.  Dan perlu diingat, Datuk Adenan setakat ini bukan hanya bercakap sahaja sebaliknya sudah mengotakan janjinya cukup baik.  Jika ditulis segalanya disini tentu kamu sendiri terbeliak mata. 

Yang pasti Mieza Nawawi, kamu hanya satu daripada langau yang cuba menunjukkan kebodohan kamu dengan menghurung najis yang busuk.  Peribahasa “cakap siang pandang-pandang dan cakap malam dengar-dengar”, “kerana mulut, badan binasa” dan “telunjuk lurus kelingking berkait”, harus kamu jadikan azimat sepanjang penghidupan kamu. 

Usah mengaku kamu anak Sarawak jika kamu tidak menyokong apa yang telah diperjuangkan bagi keadilan untuk semua rakyat Sarawak di buminya sendiri.  Dan lebih baik kamu LETAK JAWATAN SAHAJA KERANA KAMU LANGSUNG BUKAN MENUNJUKKAN PEMIMPIN YANG KAMI KEHENDAKI! SHAME ON YOU! EBOH NAK SEKOH GILAK BAH!!.... Boooo

NOT MORE NOT LESS, WE WANT OUR RIGHTS BACK!

Dari anak Sarawak sejati,

-haslina bujang

#SokongCMSarawak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY