'/>

Bayangkan kalau rakaman video kejadian ini tidak tersebar. Pasti dah 'settle' kan.??

Bayangkan kalau rakaman video kejadian ini tidak tersebar. Pasti dah 'settle' kan. Siapa yang tolong 'settle'?

“Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan polis sudah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

"Walaupun kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk menyelesaikan kes terbabit sendiri tetapi kita tidak boleh menerimanya. Tindakan dilakukan mereka seolah-olah negara ini tiada undang-undang.

"Saya mengarahkan Ketua Polis Daerah Ampang untuk mengesan mereka yang bertindak memukul pemandu lori berkenaan dan suspek juga sudah dikenal pasti,” katanya pada sidang media majlis Pelancaran Ops Selamat 10/2017 di Persada Plus, di sini.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY