'/>

“kita percaya dengan kepemimpinan Abang Johari "-Tengku Adnan Mansor

Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri Sarawak sudah siap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu.

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor memberitahu pihaknya sedang menunggu sebarang keputusan dari pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kekosongan kerusi yang disandang oleh bekas Ketua Menteri Sarawak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Kejohanan Ping Pong Terbuka Putrajaya 2017 di Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya, pagi Sabtu.

Sebelum itu beliau mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham Tan Sri Adnan Satem dan juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak yang baharu Datuk Abang Johari Abang Openg.

Tengku Adnan berkata beliau yakin dengan kemampuan Abang Johari untuk menerajui kepemimpinan Sarawak sekali gus membangunkan dan memakmurkan negeri itu serta ianya tidak diragui oleh kepimpinan BN.

Beliau berkata, “kita percaya dengan kepemimpinan Abang Johari akan menjadikan BN di negeri itu bertambah kuat seperti mana yang pernah dilaksanakan oleh Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini.

“Saya percaya beliau dapat meneruskan visi dan misi Allahyarham Adenan untuk menjadikan Sarawak terus maju dan membangun di samping menjaga kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya mengumumkan kos pembayaran padang futsal yang dibangkitkan oleh anak-anak muda di Presint 18 Putrajaya akan dibiayai oleh Perbadanan Putrajaya.

Beliau juga mahu beberapa kemudahan awam seperti dewan di pusat-pusat komuniti penduduk di manfaatkan kerana kerajaan membinanya untuk kemudahan rakyat

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY