'/>

Kita tidak terlalu kecewa kerana tidak menang tanpa bertanding- Abdullah #prkTjgDatu

Kenyataan Media
YB Abdullah Hj.Saidol
Ketua Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri sejurus selepas pengumuman calon layak bertanding pada PRK N03 Tg Datu.

Kita tidak terlalu kecewa kerana tidak menang tanpa bertanding.

Malah kita sambut kehadiran dua lagi calon dari STAR dan PBDS Baru atas semangat demokrasi yang matang.

Mungkin ada rahmat disebalik proses berkempen yang akan kita lalui selama 14 hari di sekitar N3 Tanjong Datu.

Kita dari awal telah bersedia dengan sebarang kemungkinan.

Jentera operasi pilihanraya Barisan Nasional (BN) yang diketuai oleh Dato Seri Wan Junaidi telah mengadakan beberapa sesi taklimat serta simulasi dengan warga kerja Cawangan PBB Tanjong Datu.

Rakan-rakan komponen dalam BN Sarawak juga telah memberi komitmen untuk turut turun padang berkempen.

Sebarang isu yang melibatkan kepentingan rakyat akan pasti mendapat perhatian serta tindakan segera.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY