'/>

Laman web benteras berita palsu dilancar

*Laman web benteras berita palsu dilancar*

Ingat lagi gara-gara heboh dakwaan tidak berasas Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli terhadap Tabung Haji sebanyak RM500 juta wang simpanan telah dikeluarkan oleh pencarum sepanjang tahun 2015.

Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom itu juga memberitahu akibat darinya seramai 3,600 pendeposit menarik diri daripada mengerjakan ibadah haji kerana “hilang kepercayaan kepada TH”.

Baru ini juga Kementerian Pertahanan jenuh kena menjelaskan Malaysia tidak pernah terlibat atau bersekongkol dengan mana-mana operasi, negara atau angkatan bersekutu untuk menyerang Yaman.

Katanya  tujuan utama atau 'sole purpose' Angkatan Tentera Malaysia berada di Arab Saudi adalah untuk bersiap sedia membantu dalam misi evakuasi baki rakyat Malaysia yang masih berada di Yaman.

Ini belum lagi cerita ADUN PKR Selangor Rodziah Ismail dakwa kononnya BN nak tipu masa pilihanraya umum ke 14 dengan import jari palsu dari China.

Kalau lihat di laman blog,facebook,whatsapp,twitter hari-hari macam-macam disebar oleh puak pembangkang dan mereka yang ‘gatal tangan’.

Bayangkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dartuk Seri Salleh Said Keruak beritahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kenalpasti hampir 1,000 berita palsu yang mempunyai kepentingan awam menular dalam negara.

Mereka yang ragu-ragu mengenai sesuatu berita atau sebaran diterima secara dalam talian melalui media sosial, perkhidmatan mesej segera, blog atau laman sesawang boleh lapor dan semak  di laman web ini untuk pengesahan maklumat berkenaan.

bit.ly/SebenarnyaMY
bit.ly/SebenarnyaMY
bit.ly/SebenarnyaMY

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY