'/>

Zaid Ibrahim Buat Pertandingan Esei Untuk Tutup Malu Besar Mahathir

Zaid Ibrahim Buat Pertandingan Esei Untuk Tutup Malu Besar Mahathir

2 hari lepas, Mahathir dihina dan dimalukan oleh Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP. Apa tidaknya, cadangan untuk membuat logo Pakatan Harapan oleh Mahathir ditolak mentah mentah oleh DAP.

Mana Mahathir hendak letak muka? DAP yang buat keputusan, Mahathir hanyalah mentimun sahaja. Kesipuan tidak terhingga itu turut terjadi bila pada hari yang sama (22 Mac), Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq membuat keputusan mahu sambung belajar ke luar negara berbanding berpolitik bersama Mahathir.

Lebih parah lagi bila debat yang dicadangkan Nazri telah ditolak dengan alasan yang bukan bukan oleh Mahathir. Berdolak dalih itu dan ini untuk elak bersemuka dengan Nazri. Tiga kesipuan besar ini telah membuatkan muka Mahathir penuh dengan kehitaman arang arang memalukan.

Apa caranya untuk tutup malu ini? Pertama, Lim Guan Eng yang sepatutnya sibuk turun naik mahkamah menjawab isu skandal banglo pada hujung bulan ini tampil jadi pelakon tambahan. Bila kes ditangguh, Guan Eng cuba tambah nasi isu debat dengan mencabar Rahman Dahlan untuk debat.

Sama juga dengan Mukhriz, tiba tiba sahaja hendak berdebat pula dengan bekas pegawai khasnya dahulu. Guan Eng dan Mukhriz sengaja buka topik bab debat untuk tutup cerita Mahathir tidak mahu debat dengan Nazri. Mereka "mislead" dan "divert" topik sebenar agar publik berbicara bab debat mereka.

Nampak sangatlah Mahathir begitu "desperate" mencipta suasana yang lain untuk kambus penglihatan rakyat pada topik yang sebenar, debatnya dengan Nazri. Ada satu lagi watak yang juga dijadikan pelakon "extra" iaitu Zaid Ibrahim.

Dahulu semasa di PRK Hulu Selangor, Mahathir pernah kutuk Zaid Ibrahim ini. Mahathir kata

“Jadi saya nak nasihatlah, orang pakatan, orang PKR ni, tak usahlah pilih orang yang macam ini, dia pun tak tentu kedudukan dia macam mana.

“Nanti kalau dia mabuk dia buat apa pun kita tak tahu. Dia tak main judi, tapi simpan kuda lumba, kuda lumba ini buat apa? Saya ada kuda banyak tapi saya tak main judi, ada 30 ekor kuda saya bela di Langkawi.

“Saya punya hobi naik kuda dengan dia simpan kuda berlainan, kuda lumba ini untuk judi,” Mstar, Jumaat 23 Apr, 2010

Mahathir gelar Zaid Ibrahim ini sebagai mabuk, main judi, main kuda dan juga pernah digelar sebagai katak. Semalam, Zaid Ibrahim hendak anjur satu pertandingan esei tentang "Najib Razak as the worst PM this country ever had". Zaid mahu beri RM10,000 pada pemenang esei ini.

Zaid yang baru masuk DAP ini terpaksa buat gimik sebegitu untuk tarik perhatian dan tumpuan ramai. Lebih baik Zaid buat esei menjawab balik tuduhan tuduhan Mahathir terhadapnya selama ini. Banyak tuduhan Mahathir itu. Berkajang kertas kalau dikarang.

Sebagai ahli baru DAP, Zaid eloklah menulis esei tentang perjalanan politik 51 tahun Kit Siang. Diktator politik paling lama di dunia. Oh ya, satu hal lagi. Dari mana sumber duit RM10,000 yang hendak dihadiahkan ini?

Duit judi? Duit lumba kuda? Apakah Zaid berada dalam keadaan mabuk ketika membuat pengumuman pertandingan esei itu? Inilah "next step" yang diambil oleh Mahathir untuk tutup lubang lubang kesipuannya dalam minggu ini.

"Divert" isu dan jadikan Zaid Ibrahim sebagai "punch bag" untuk larikan sementara isu isu dalaman Pakatan Harapan berkaitan logo, kes Syed Saddiq merajuk dan keengganan Mahathir berdebat dengan Nazri.

Yang bodohnya Zaid Ibrahim, menjadi kuda politik Mahathir untuk tutup malu besarnya.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY