'/>

Khidmat Masyarakat - *Cari ibu kandung anak angkat

MENCARI IBU KANDUNG

Mohon sebarkan. Mudah-mudahan dapat membantu anak ini menemui ibu kandung nya.

Khidmat Masyarakat - *Cari ibu kandung anak angkat*

16 May -

SRI AMAN- Seorang bapa angkat memohon bantuan orang ramai mencari ibu kandung kepada kanak-kanak yang dijaga beliau bagi menyelesaikan proses permohonan pengambilan anak angkat.

Adam Narawi, 51, berkata anak angkatnya, Ameyra Amanda, 7, diambil sebagai anak angkat ketika kanak-kanak itu masih berusia satu hari lagi yang diserahkan ibunya sendiri.

Katanya, ibu kandungnya yang dikenali sebagai Jessica Ak.Francis Matu, 26, yang berasal dari Long Balau Baram, Miri telah menyerahkan anaknya itu sendiri kepada Adam (bapa angkat) kerana mengalami masalah keluarga.

Adam berharap sangat jika ibu kandungnya atau sesiapa yang mengenalinya terbaca mengenai berita ini dapat menghubungi beliau segera di talian (013-8941964).

#sodiakroks
#JAPENSarawak

copy dari group whatsapp.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY