'/>

RM140 Ribu Diperuntukkan Untuk Menyelesaikan Masalah Elektrik Di SMK Merapok -Dr.Annuar Rapaee

RM140 Ribu Diperuntukkan Untuk Menyelesaikan Masalah Elektrik Di SMK Merapok

Kerajaan telah memberi telah memperuntukkan sebanyak RM 140,000 untuk menyelesaikan masalah elektrik di SMK Merapok.

Menteri Muda Pendidikan dan Teknologi Penyelidikan Dr Annuar Rapaee menyatakan, peruntukan tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Lawas untuk tindakan seterusnya.

Annuar, yang juga ADUN Nangka menyatakan peruntukan berkenaan telah diserahkan kepada JKR Lawas pada bulan April yang lepas.

Beliau, yang ditemui pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak memberi respon sedemikian setelah permasalahan tersebut disebarkan di media sosial pada hari ini.

"Kerajaan sentiasa mengambil berat akan kebajikan pelajar khususnya mereka yang di luar bandar dan berusaha akan menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas kepada rakyat."

Annuar juga yakin, JKR Lawas dan Jabatan Pendidikan Lawas akan menyelesaikan permasalahan tersebut dalam masa yang terdekat. Kerja pembaikan akan dimulakan pada bulan Jun.

Menurut paparan sebuah page Facebook komuniti tempatan, sekolah menengah berasrama berkenaan; di blok kelas dan pentadbiran tidak mempunyai kuasa elektrik sejak enam bulan yang lepas.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY