'/>

Senarai calon PRK Pujut ada pada saya — Abang Jo

SUPP dan UPP, please take note ye..😎

Senarai calon PRK Pujut ada pada saya — Abang Jo

KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg semalam mengesahkan kedua-dua parti; Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) telah menghantar senarai nama calon berpotensi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pujut kepadanya.

Bagaimanapun katanya, masih terlalu awal untuk beliau mendedahkan senarai nama tersebut, sebaliknya calon yang dipilih hanya diumumkan sebelum penamaan calon.

“Ini kerana tarikh penamaan calon masih jauh.

“Sejujurnya, PRK Pujut merupakan tugas berat tetapi kami rasa kami boleh menang,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bazar Ramadan Satok semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 4 Julai depan sebagai Hari Pembuangan Undi PRK Pujut manakala Hari Penamaan Calon pada 20 Jun depan.

Ia diadakan susulan kekosongan kerusi tersebut setelah Dewan Undangan Negeri melucutkan penyandangnya, Dr Ting Tiong Choon daripada DAP.

Bazar Ramadan itu merupakan antara yang tertua diwujudkan di negeri ini, sejak 29 tahun lalu.

Abang Johari turut mengagihkan bubur pedas dan bubur lambuk secara percuma kepada para pengunjung. – Sarawakvoice

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY