'/>

Ranting PBB perlu adakan mesyuarat selewat-lewat Okt-Nov ini

KUCHING: Beberapa muka baharu akan ditampilkan sebagai calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Parlimen yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata, pada ketika ini parti masih memantau muka-muka baharu terutama di peringkat akar umbi yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon nanti.

"Seperti biasa setiap kali ada pilihan raya, kita harus ada muka baharu untuk dicalonkan agar dapat berkhidmat cemerlang kepada rakyat.

"Kita juga sudah siap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum itu nanti," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PBB, Jalan Bako, petang ini.
Terdahulu, Abang Johari mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung hampir satu jam setengah.

Selain itu, AbangJohari mengingatkan semua ranting PBB di 82cawangan agar mengadakan mesyuarat pilihan masing-masing selewat-lewatnya pada bulan Oktober atau November depan.

Ini bagi membolehkan Perhimpunan Agung PBB diadakan pada awal tahun depan.

Info :jiwabakti

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY