'/>

Seorang Nelayan Dikhuatiri Hilang.

Daro - Seorang nelayan  dari Kampung Badong di sini dikhuatiri hilang selepas keluar memukat ikan terubok pada  jam 7.00 malam semalam.

Mangsa  Ismail Bin Jem 54 tahun , dilaporkan keluar dari rumah oleh ahli keluarganya kerana hendak memukat ikan  dan turun dari jeti kampung terbabit.

Menurut keluarganya, mangsa sepatutnya pulang pada jam 7.00 pagi tadi namun tidak tiba di rumah seperti kebiasaannya.

Penduduk kampung  telah bertindak keluar untuk mencari mangsa semenjak jam 4.00 petang ini tadi.

Foto & Info/ KLXpress/ Mohd Faizal Jamiludin

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY