'/>

22 tahun tu...lama tu...Tun M

1. Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat mula menagih simpati dan menabur janji manis di Sarawak. Selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, apa yang dibuatnya? Berapa kali beliau terbang ke Sarawak?

2. Berbanding Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau ada tarikannya di Sarawak. Kesungguhan dan kerja kerasnya untuk kebahagiaan rakyat Bumi Kenyalang tidak dapat disangkal.

3. Tidak semasa `hiruk pikuk’ kempen pilihan raya negeri yang lalu sahaja, kelibat Perdana Menteri sudah acap kali kelihatan di sana. Beliau pergi dengan berbagai peruntukan untuk pembangunan Sarawak.

4. Di Sarawak, banyak tumpuan beliau terarah di luar bandar dan pedalaman. Beliau bawa banyak berita baik dalam bentuk projek pembangunan. Penduduk juga menerima kunjungannya ke rumah panjang, populariti beliau terserlah.

5. Bagi Najib, rakyat Sarawak perlu melihat projek lebuh raya Pan Borneo yang sedang dilaksanakan kini sebagai projek mereka sendiri. Bukannya sebagai projek ‘orang besar dan kontraktor besar’.

6. Sebaliknya merupakan projek yang mengarusperdanakan negeri itu yang menghubungkan kawasan pedalaman dan luar bandar ke bandar. Ini sehingga membolehkan mereka membawa hasil pertanian dari luar bandar ke pasaran secara lebih dekat lagi.

7. Semasa sambutan Hari Malaysia lalu di Sabah, Najib memberi jaminan bahawa hak Sarawak dan Sabah akan terus dipelihara dalam Persekutuan Malaysia selain memastikan rakyat kedua-dua negeri itu akan terus mendapat pembelaan sewajarnya.

8. Jawatankuasa khas untuk mengkaji hak orang Sabah dan Sarawak juga telah ditubuhkan bagi memastikan hak serta kepentingan kedua-dua negeri itu dipenuhi berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

9. Itulah Najib, berbeza macam langit dan bumi dengan Dr. Mahathir. Kenapa sekarang baru Dr. Mahathir terhegeh-hegeh di Sarawak?

Sumber: http://klxpress.com.my

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY