1. Puak DAP nampaknya semakin kurang ajar dan sengaja memporak-perandakan keamanan sesama kaum dan agama di negara ini.
2. Sebelum ini, DBKL membuat keputusan tidak memberi kelulusan kepada penganjur Better Beer Festival dan Oktoberfest 2017 dan terbaru pihak Polis tidak akan meluluskan sebarang permit penganjuran pesta arak 'Centro German F&B Party' kerana bercanggah dengan enakmen DBKL dan menyalahi undang-undang di kawasan terbuka.
3. Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bertindak kurang ajar apabila dilaporkan telah membidas pihak berkuasa kerana enggan membenarkan penganjuran tersebut. Tindakan memperlekehkan PDRM adalah amat biadap dan tidak boleh dimaafkan.
4. Malah Chong Chieng Jen DAP turut mengeluarkan kenyataan mendakwa tindakan pihak berkuasa mengharamkan pesta arak adalah "tanda jelas" kononnya Umno sedang bekerjasama dengan PAS untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih ektremis dan kurang toleransi.
5. Beliau gagal untuk memahami sebab sebenar pesta arak itu diharamkan dan ianya tidak ada kena mengena dengan politik tetapi ia melibatkan keselamatan dan undang-undang.
6. Acara Octoberfest di negara luar seperti Glasgow Scotland, Tobacco Dock, London Timur, Warren Kiwanis Chicago dan Venezuela telah dibatalkan oleh suruhanjaya penguatkuasaan masing-masing. Apakah negara tersebut adalah sebuah negara yang ‘lebih ekstremis’ dan ‘kurang toleransi’ kerana telah membatalkan pesta arak?
7. Realitinya, tiada ‘lebih ektremis’ atau ‘kurang toleransi’ dalam isu ini. Begitu jelas bahawa puak DAP sengaja mahu mempolitikkan isu ini dan yang ekstremis dan kurang toleransi sebenarnya adalah parti cauvinis DAP itu sendiri.
Sumber: http://klxpress.com.my
No comments: