'/>

KMJ Jalan Pakan (Simpang Tubai Buah)

Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba Bintangor ,Tuan Nicholas Bin Belulin pihak Bomba Bintangor Sampai di Jalan Pakan (Simpang Tubai Buah)yang jaraknya 36 KM mendapati kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan iatu Perodua Kembara dan Toyota hilux berlanggar secara bertentangan (Perodua Kembara ke pekan Pakan dan Toyota Hilux ke arah Sarikei). Pihak bomba tidak menjalankan operasi menyelamat memandangkan mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans. Maklumat yang diterima daripada orang awam ditempat kejadian, mangsa yang tersepit adalah pemandu Perodua Kembara dan telah mengalami patah kaki. Manakala pemandu Toyota Hilux bersama 3 orang anak dan seorang isteri beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Setelah membuat _size-up_ dan didapati tiada mangsa lain dan sebarang kemerbahayaan Komander Operasi mengarahkan anggota bertolak balik ke balai.

Foto: JBPM Bintangor

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY