KUCHING: Mesyuarat pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak sedang berlaku sekarang bagi memilih Ketua Menteri baharu Sarawak.
Ketika ini satu demi satu pemimpin PBB dilihat memasuki Damak Jaya, kediaman Yang di Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, dipercayai bagi tujuan tersebut.
Ia diketuai oleh Timbalan Presiden, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan beberapa anggota kanan parti lain, termasuk Setiausaha Agung, Datuk Stephen Rundi Utom, Ketua Pemuda, Datuk Seri Fadillah Yusuf.
Beberapa ahli kabinet lain menyusul sehingga sekarang.
Majlis angkat sumpah dijangkakan pada hari ini atau esok, dengan pengumuman dikatakan akan diadakan petang ini. – Sarawakvoice
No comments: