'/>

SPRM tahan Pengarah Besar Felda dan tiga lagi seleweng projek RM47.6 juta

SPRM tahan Pengarah Besar Felda dan tiga lagi seleweng projek RM47.6 juta

KUALA LUMPUR: Pengarah besar Felda dan tiga lagi pegawai kanannya ditahan di sekitar Lembah Klang hari ini kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan projek ternakan ikan sturgeon bernilai RM47.6 juta sejak 2014.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pengarah besar itu bergelar Datuk dan berusia 57 tahun itu manakala tiga yang lain ialah Timbalan Pengarah Besar (Sumber Srategik) Felda, 53, Head of London Properties Felda, 38, dan Pegawai Projek Sturgeon, 30.

Kesemua suspek ditahan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang di antara pukul 11.30 pagi dan 1.30 tengah hari ini menerusi Op Caviar yang dilancarkan oleh SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek pemindahan teknologi penternakan ikan sturgeon bernilai US$10 juta (RM47.6 juta), katanya ketika dihubungi Bernama. Bernama

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY