'/>

Dadah: Keselamatan terancam, penduduk gesa tindakan segera.

BINTANGOR : Penduduk mengesa tindakan segera pihak berkuasa ke atas lokasi ‘hitam’ yang dikenalpasti sebagai pusat aktiviti penyalahgunaan dadah di sini.

Seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan berkata, persekitaran lokasi terbabit bukan sahaja bising tetapi juga tidak selamat sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram kepada mereka.

“Kawasan itu pernah diserbu sebelum ini tetapi aktiviti berkenaan kembali berleluasa. Saya menggesa pihak Polis agar terus melakukan tindakan susulan bagi memastikan aktiviti ini tidak berulang.

“Aktiviti tidak bermoral ini harus dibenteras hingga ke peringkat akar umbi, ” katanya kepada Meradong Today.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY