Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Mukah telah berjaya mencekup seorang pengedar ketika membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Penakup Ulu,Mukah.
Ketua Polis Daerah Mukah,DSP Jimmy Panyau mengesahkan telah membuat tangkapan seorang lelaki berumur 48 tahun itu bersama 20 paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal yang disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 5.43 gram hasil dari pemeriksaan di rumah tersebut dengan anggaran bernilai RM1200.00.
Pemeriksaan air kencing ke atas suspek, didapati negatif dadah namun suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Sek 39A(1) ADB 1952.
Katanya lagi,usaha pembantersan begini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi daerah Mukah agar ianya bersih dari gejala tersebut.
No comments: