'/>

36 INDIVIDU DICEKUP

KUCHING : Seramai 36 individu termasuk 6 warga asing dicekup polis Sarawak kerana terlibat dalam perjudian haram di seluruh negeri semalam.
   
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK, Sarawak, SAC Dato Dev Kumar dalam operasi serentak di 11 bahagian itu, pihaknya menyasarkan premis-premis yang menjalankan perjudian siber dan loteri haram.
     
Operasi kali ini menyaksikan Miri merekodkan bahagian paling aktif dengan 7 serbuan di pelbagai premis dalam tempoh sehari.
     
SAC Dato Dev dalam satu kenyataan media mendedahkan kesemua yang ditahan berumur antara 18 dan 51 tahun.
   
Wang tunai berjumlah 12-ribu 742 ringgit termasuk pelbagai perkekas perjudian dirampas bagi tujuan siasatan.
    
Kes akan disiasat dibawah akta rumah terbuka 1953 dan akta imigresen.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY