'/>

DATUK STEPHEN MUNDAW - ANAK IBAN PERTAMA MEMEGANG JAWATAN PANGLIMA MEDAN TIMUR

SATU lagi sejarah tercipta bagi anak Sarawak apabila buat pertama kalinya seorang anak Iban Sarawak iaitu Datuk Stephen Mundaw telah dinaikkan pangkat kepada Jeneral 3 Bintang sebagai Leftenan General sekaligus turut digelar sebagai Panglima Medan Timur.  Sebagai Panglima Medan Timur menyaksikan beliau akan menjadi pegawai utama di dalam 2 divisyen Tentera Darat iaitu Division 1 dan Division 5 termasuklah Bridget Sempadan untuk Sarawak dan Sabah.

Anak Iban kelahiran Sungai Melaban, Pakit dari Bahagian Sri Aman mendapat pendidikan awal di SRK St Lawrence sebelum meneruskan pendidikan menengah di SMK St Columbus, Miri dan SMK Simanggang, Sri Aman.  Minatnya di dalam dunia ketenteraan sudahpun mekar sejak di masih dibangku sekolah dan usai menamatkan persekolahannya telah memilih untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Latihan Pegawai Kadet, Sebatang Karah, Negeri Sembilan.  Dek kerana kecemerlangannya juga menyaksikan akhirnya beliau melanjutkan pelajarannya sekali lagi ke Australia iaitu di Portsea Victoria.

Untuk berada di kedudukan yang tinggi di dalam dunia ketenteraan ini bukanlah sesuatu yang mudah.  Hanya disiplin yang tinggi serta semangat waja boleh memacu kejayaan kariernya.  Antara jawatan yang pernah dipegang oleh beliau adalah seperti 6RRD sebagai Ketua Platun, 7RRD Ketua Kompeni, Pegawai Perisikan serta banyak lagi. 

Semoga kejayaan beliau akan menjadi contoh kepada generasi baru anak Sarawak untuk memilih kerjaya ketenteraan dengan lebih menyeluruh lagi. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Datuk Stephen Mundaw.

-RP-

sumber red parrot

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY