'/>

Kabinet Masih Berkuasa Selepas Pembubaran Parlimen

1. Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari ini setelah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tengahari semalam.

2. Masih ada yang keliru dengan status kerajaan setelah pembubaran parlimen ini berkuatkuasa.

3. Perkara pokok perlu diketahui umum adalah berkenaan pengasingan kuasa kepada 3 badan, iaitu *Legislatif (Dewan Rakyat), Eksekutif (Kabinet)* dan *Kehakiman (Mahkamah).*

4. Pertama, *pembubaran parlimen hanya melibatkan badan Legislatif,* bermakna badan Eksekutif dan Kehakiman masih berkuatkuasa seperti biasa.

5. Maksudnya *Kabinet masih lagi berfungsi berdasarkan Fasal 43 Perlembagaan Persekutuan* dengan menjalankan kuasa-kuasa Eksekutif secara interim sehingga Yang DiPertuan Agong melantik seorang Perdana Menteri dan anggota Kabinet baharu selepas pilihanraya.

6. Kedua, walaupun Dewan Rakyat telah dibubarkan, namun Dewan Negara masih lagi berkuasa dan Speaker Dewan Negara serta Ahli Dewan Negara masih kekal.

7. Perkara ini adalah bertentangan dengan konsep 'Caretaker Government' seperti di Australia dan New Zealand yang melantik kakitangan kerajaan sebagai 'penjaga sementara negara'.

8. Ini bermakna, *kerajaan yang memerintah sebelum pembubaran tersebut akan terus menerajui kerajaan sehinggalah sebuah kerajaan baru ditubuhkan selepas keputusan pilihanraya* diumumkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

9. Pemerintah semasa tetap menjadi pemerintah sehinggalah selesai proses pilihanraya. Pendapat yang mengatakan pemerintah dalam tempoh pasca pembubaran parlimen bukan lagi penguasa atau pemerintah yang perlu ditaati adalah suatu kesimpulan yang salah.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY