Anda ingin menukar kerajaan? Saya mahu bertanya anda beberapa soalan.
Adakah kerajaan hari ini menzalimi anda?
Anda mungkin menjawab ya, kerajaan menindas anda. Tetapi, anda tentu tidak dapat menjawabnya secara spesifik apa kezaliman itu. Anda mungkin menjawab isu-isu seperti GST, Felda, kenaikan harga barang, 1MDB dan pelbagai cerita yang dibawa
oleh pembangkang.
๐ ๐ปโโ Nanti dulu, isu-isu itu sebenarnya tiada kaitan langsung dengan anda, kecuali GST dan kenaikan harga barang. Dua isu ini saya akan terangkan kemudian.
๐๐ฝโโ Jadi, saya mahu bertanya anda lebih lanjut lagi, adakah kerajaan merampas harta benda anda?
๐ ๐ฝโโ *Tidak, bukan?*
๐๐ป Adakah di negara ini sukar mendapat pekerjaan?
๐คท๐ปโโTentu anda tidak dapat menafikan di negara ini banyak pekerjaan kerana ramai pendatang asing masuk bekerja di sini.
๐๐ปโโ Adakah anda tidak dapat menjalankan kehidupan sebagai seorang Islam?
๐ ๐ปโโ *Tidak, bukan?*
Di mana-mana masjid didirikan dengan megah dan anda dapat menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam dengan selesa. Bahkan orang-orang bukan Islam juga bebas mengamalkan agama mereka.
๐๐ผ Adakah di negara ini tidak ada kebebasan bersuara?
๐คท๐ผโโ Jangan berbohong. Di negara ini, ironinya, anda bebas menyatakan apa saja, melainkan ia jelas menyalahi undang-undang. Anda bebas mengkritik, mengutuk dan mempersoalkan kerajaan. Sebaliknya anda telah menyalahgunakan kebebasan bersuara ini.
๐คท๐ผโโ Buktinya jelas, berapa ramai yang dikenakan hukuman kerana melampaui batas dengan
melakukan fitnah.
๐คท๐ผโโ Kebebasan bersuara sebenarnya lebih jelas apabila akta ISA juga telah dimansuhkan.
Adanya hukuman kepada yang memfitnah bukannya bermakna kerajaan menutup kebebasan bersuara. Di mana-mana negara pun, jika anda menfitnah anda akan dikenakan hukuman.
๐๐ฝโโ Apakah ada rakyat Malaysia yang tidak cukup makan dan kebuluran?
๐ ๐ฝ *Tidak ada, bukan?*
๐๐ผโโ Adakah di negara ini terdapat kes orang melakukan jenayah kerana terdesak mahu
memenuhi keperluan hidup?
๐ ๐ผโโ *Tidak ada, bukan?*
๐๐ผโโ Melainkan ramai orang melakukan jenayah kerana mahu hidup mewah dengan cara yang mudah. Kalau pun ada, ia adalah kes terpencil yang tidak boleh dijadikan hujah bahawa kehidupan di negara ini susah. Kerajaan juga menyediakan bantuan kepada golongan yang susah.
๐คท๐ปโโ Adakah kemahiran dan kebolehan anda dinafikan?
๐ ๐ป Tidak, bukan? Setiap orang bebas memilih apa yang dimahukannya.
๐๐ฝโโ Adakah anda dihalang membina kekayaan?
๐ ๐ฝโโ *Sudah tentu tidak.*
๐๐ฝโโ Jadi, apa lagi yang tidak kena dengan negara ini?
๐๐ปโโ Apakah ada pemimpin negara ini membunuh secara kejam rakyatnya seperti di
negara lain?
๐ ๐ปโโ *Tidak ada, bukan?*
๐๐ผโโ Adakah anak-anak isteri anda dilarikan pemimpin sebagaimana yang berlaku pada
zaman-zaman Melayu lama dahulu?
๐ ๐ผ *Tidak ada, bukan?*
๐๐ฝโโ Adakah anda berasa tidak selamat berada di negara ini?
๐๐ฝโโ Anda masih boleh bersiar-siar ke mana-mana tanpa rasa terancam. Ia tidak seperti di
negara-negara lain yang bergolak.
๐คท๐ปโโ *Semua ini tidak ada, bukan?* Jadi, apa lagi dakwaan-dakwaan lain?
๐๐ผ Berkenaan GST, sekiranya anda fikir GST 6% itu menzalimi anda, bagaimana pula
dengan negara lain yang mengenakan cukai lebih tinggi? Tolong jawab kepada saya.
๐๐ผ Kenaikan harga barang-barang? Jika ini anda anggap sebagai kezaliman, anda
sebenarnya tidak memahami perkara ini. Di mana-mana negara tidak ada penurunan harga barang-barang. Setiap masa harga barang-barang naik seiring dengan perkembangan ekonomi.
๐๐ฝโโ Apakah lagi kezaliman kerajaan yang anda dakwa? Malah pelbagai perkara telah kerajaan lakukan untuk membantu rakyat. Bantuan
Rakyat 1 Malaysia, contohnya.
๐๐ฝโโ Anda mungkin akan membebel kepada saya isu-isu besar yang dibawa oleh pembangkang. Saya boleh katakan ia tidak ada kaitan langsung dengan anda. Tetapi, anda mungkin akan menjawab ia akan menjejaskan negara. Negara akan bankrap kerana urustadbir yang salah.
๐คท๐ฝโโ Jadi, saya mahu bertanya, di negara manakah yang kerajaannya terlepas daripada
tuduhan-tuduhan yang sebegini? Saya tidak menafikan ia langsung tidak berlaku di negara ini, tetapi perkara ini adalah sebati dengan mana-mana kerajaan pada zaman moden ini.
๐๐ฝโโ Mesti ada ketirisan, penyelewengan dan salahlaku. Bahkan ia juga berlaku di Pulau Pinang dan Selangor di bawah pentadbiran pakatan pembangkang.
๐๐ฝโโ Jika anda fikir menukar kerajaan akan mengelakkan perkara ini, ia sebenarnya suatu
khayalan dan utopia anda semata-mata. Tidak ada kerajaan yang 100% bersih di dunia hari ini. Hiduplah dalam realiti.
๐คท๐ปโโ Maka, sekarang saya mahu anda bertanya pada anda sendiri, apakah sebenarnya kezaliman kerajaan ke atas anda?
๐๐ป Sebenarnya perkara ini mengingatkan saya pada tulisan motivator terkenal, Dr Ibrahim Elfiky dalam bukunya yang bertajuk Quwwat al-Tafkir, 2008. Di dalam buku itu beliau
menceritakan berkenaan seorang wanita muda yang mahu bercerai dengan suaminya.
๐๐ป Dalam sesi kaunselingnya, beliau telah bertanya kepada wanita muda itu pelbagai
soalan. Adakah si suami memukulnya? Adakah si suami tidak memberikannya nafkah?
Adakah si suami mengasari anak-anak mereka? Apakah si suami menyimpan perempuan lain? Apakah si suami pemabuk?
๐๐ป Wanita muda itu menjawab, semua perkara itu tidak berlaku. Si suami adalah seorang lelaki yang baik, tidak pernah berkasar, setia, memberikan belanja yang cukup dan selalu lemah lembut.
๐คฆ๐ปโโ Jadi, kenapakah dia mahu bercerai?
๐๐ป Si wanita muda itu menyatakan kerana si suami tidak lagi meluangkan masa dengannya seperti dulu. Tetapi, selepas dia menjawab soalan-soalan tadi, dia baru tersedar yang suaminya sememangnya seorang lelaki yang baik. Soalan-soalan yang jelas itu memecahkan segala kekeliruan dan persepsi dalam mindanya.
๐๐ป Realitinya, hanya kerana sebab yang remeh-temeh seperti itu, si wanita mahu bercerai. Dr Ibrahim menyatakan lelaki yang baik seperti si suami itu sebenarnya adalah idaman ramai wanita lain di luar sana.
๐
๐ป Mesejnya, manusia lebih cenderung memikirkan perkara-perkara yang negatif, dan
mereka tidak melihat sudut-sudut positif.
๐๐ป Begitu jugalah rakyat Malaysia hari ini. Mereka melihat sisi-sisi negatif kerajaan, dan
apabila ditanya seperti soalan-soalan di atas tadi, mereka tidak dapat menunjukkan kezaliman kerajaan. Mereka hidup dalam ilusi dan persepsi semata-mata. Mereka akan tersedar apabila kita bertanya secara jelas.
๐คฆ๐ปโโ Kepada rakyat yang sebegini, jika semuanya diberikan percuma sekali pun, mereka tetap tidak akan bersyukur. Maka bagaimana mereka mahu berterima kasih kepada kerajaan yang selama ini telah melakukan pelbagai perkara yang baik untuk rakyat.
๐๐ปโโ Seperti si suami tadi, negara ini juga sebenarnya impian ramai rakyat negara jiran.
๐๐ปโโ Malangnya, rakyat Malaysia sendiri tidak mensyukuri kemakmuran negara yang sedang mereka nikmati di bawah pentadbiran kerajaan sekarang ini sehingga mahu menukar kerajaan baru.
๐๐ป *Berfikirlah, jangan hidup dalam khayalan dan persepsi-persepsi.*
No comments: