'/>

Lelaki Tetak Pengarah Hospital Serah Diri


IPOH: Lelaki yang bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan parang menyerah diri kepada pihak polis hari ini.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, DSP Leong Wen Yew berkata suspek telah menghubungi pihak polis untuk menyerah diri kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, di satu lokasi di Jalan Maharajalela, Taiping.

"Suspek dijangka direman esok bagi membantu siasatan kes tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian pada 11.20 pagi semalam di hospital berkenaan, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan akibat tetakan seorang petugas hospital itu.

Suspek dipercayai tidak berpuas hati kerana dia diarah berpindah ke unit lain.

Dr Mohd Yassim dilapor turut patah tulang lengan dan kini menerima rawatan di Hospital Selayang, Selangor.




- Bernama

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY