Penyokong DAP sudah memenuhi pakaran Mahkamah Sesyen menunggu kedatangan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Khoon akan didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang di sini hari ini di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Lim dan Phang ditahan SPRM semalam berhubung isu pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn di sini dengan harga RM2.8 juta yang dikatakan di bawah harga pasaran hartanah di kawasan itu.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dijadual mengetuai barisan pendakwaan.
Foto by UN
No comments: