'/>

5 rakyat MALAYSIA dipercayai di culik di perairan Sabah

LAHAD DATU: Lima pelayar Malaysia, yang dilaporkan hilang dari sebuah kapal tunda di perairan Lahad Datu pada Isnin mungkin telah diculik.

"Kami tidak menolak kemungkinan lima yang berkenaan diculik," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun kepada pemberita di Lahad Datu pada Selasa.

Beliau berkata, sehingga kini tiada panggilan diterima oleh keluarga kru kapal tunda itu.

Malah Rashid turut menafikan khabar angin bahawa pemilik kapal tunda itu telah menerima panggilan pada lewat Isnin dan penculik menuntut 200 juta Pesos (RM20 juta) dan juga telah bercakap dengan mangsa.

"Tiada sebarang panggilan," katanya.

Beliau berkata mereka masih menyiasat kehilangan lima anak kapal yang dikenal pasti sebagai tiga rakyat Sabah iaitu Abd Rahim Summas, 62, Mohd Zumadil Rahim, 23 dan Fandy Bakran, 26.

Selain itu seorang lagi yang berasal dari Sarawak ialah Tayudin Anjut, 45, dan Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari semenanjung.

Kebimbangan yang semakin meningkat mengenai kemungkinan lima yang berkenaan diculik penculik terkenal dari Selatan Filipina.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY