'/>

Barisan Nasional Sarawak mesti protes secara formal demi hak-hak Sarawak

//pandi Suhaili//
Kepimpinan Barisan Nasional Sarawak mesti menyatakan rasa kurang senangnya secara formal diatas keputusan untuk melantik Datuk Seri Azalina Othman Said menggantikan YB Nancy Shukri sebagai menteri bertanggungjawab ke atas Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Keputusan ini dilihat sebagai tidak wajar memandangkan ia boleh memberi kesan yang negatif keatas proses rundingan untuk mendapatkan semula hak-hak negeri Sarawak.

Sebagai sebagai menteri bertanggungjawab ke atas BHEUU, YB Nancy Shukri boleh memainkan peranan yang positif dalam memastikan proses perundingan akan menghasilkan keputusan yang dikehendaki oleh rakyat Sarawak yang telah mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya umum dan negeri yang lepas - iaitu kembalikan hak-hak negeri Sarawak.

Sekiranya kepimpinan Barisan Nasional pusat masih beranggapan bahawa Sarawak adalah 'simpanan tetap' Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang akan datang, maka YB Nancy Shukri hendaklah diletakkan semula sebagai sebagai menteri bertanggungjawab ke atas BHEUU.

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menggesa kepimpinan Barisan Nasional Sarawak agar memberi tarikh-tarikh keramat untuk proses perundingan mencapai kata sepakat.

Ini akan menyukarkan sebarang usaha untuk melengah-lengahkan proses perundingan.

Saya khuatir akan ada usaha untuk menjadikan hak-hak Sarawak sebagai umpan politik dalam pilihanraya umum yang akan datang.

Kekhuatiran ini berdasarkan kepada keputusan untuk menggantikan YB Nancy Shukri dengan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Saya percaya rakyat Sarawak, melalui kepimpinan Barisan Nasional Sarawak, mesti menunjukkan rasa tidak senang dengan tindakan ini.

Ayuh! Mari kita bertegas dalam mempertahankan hak-hak Sarawak!

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY