'/>

KES TIGA BERANAK MAUT DI SAMARAHAN DISIASAT SEBAGAI KES BUNUH - POLIS

KES TIGA BERANAK MAUT DI SAMARAHAN DISIASAT SEBAGAI KES BUNUH - POLIS

Kuching, 20 Julai  - Kes penemuan mayat dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan empat tahun serta ibu mereka di sebuah rumah di Kampung Baru, Kota Samarahan malam tadi kini disiasat sebagai kes bunuh dan bukan lagi mati
mengejut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M.M. Sree Shunmugam berkata ia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata ketiga-tiga mayat tiga beranak itu kini berada di Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mereka.

"Polis akan meneliti laporan bedah siasat bagi memastikan sama ada berlaku pelakuan jenayah dalam kes tersebut," katanya kepada Bernama.

Dalam kejadian itu, pihak polis menemukan dua kanak-kanak berkenaan dalam bilik tidur dengan yang berusia tujuh tahun sudah meninggal dunia, manakala yang berusia empat tahun ditemui dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal
dunia di Hospital Jantung Kota Samarahan.

Turut ditemui dalam bilik tidur itu ialah sejenis cecair peluntur yang disyaki diberikan kepada kanak-kanak berkenaan.

Seorang wanita yang dipercayai ibu mereka yang berusia 37 tahun didapati menggantung diri di dalam bilik tandas rumah tersebut.

- BERNAMA

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY