'/>

Lelaki dikehendaki bantu Siasatan Polis

SIBU: Seorang lelaki dikehendaki membantu siasatan polis berhubung satu kes pecah bangunan di Lorong Then Kung Suk, Jalan Hulu Lanang di sini September tahun lalu.
sekadar Hiasan
Lelaki terbabit dikenali Jipin Suala, 24, berasal dari Kampung Krangan, Tekalong, Serian.

Dalam kejadian jam 2 pagi, pada 7 September tahun lalu kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki tidak dikenali memecah masuk pejabat sebuah kilang di Lorong Then Kung Suk.
Suspek melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM8,952.74 dan beberapa keping baucar.
Dalam kes berasingan, polis menjejaki seorang lelaki dikenali Nelson Jemba, 28, membantu siasatan berkaitan kes ugutan jenayah.
Alamat terakhirnya di Lot 2054, No. 573, Taman Hong Hong, Batu 3 1/2 Jalan Penrissen, Kuching dan No. 10D, Flat 1 Jalan Hardin di sini.
Orang ramai mempunyai maklumat  mengenai dua lelaki dikehendaki itu diminta menghubungi balai polis terdekat atau Balai Polis Sentral di talian 084-336144.
sumber:BP

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY