'/>

Saspek ke-9 diberkas #BillKayong

KUCHING: Polis Sarawak petang semalam berjaya memberkas suspek ke-9 kes pembunuhan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Miri, Bill Kayong selepas 20 siasatan dijalankan.
Lelaki berusia 27 tahun itu dicekup di sebuah restoran di Jalan Bendahara, Miri oleh pasukan petugas khas Bukit Aman, yang menggerakkan operasi kes ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar berkata, suspek ditahan untuk disoal siasat berhubung kes pembunuhan tersebut dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Miri hari ini untuk mendapatkan perintah reman.
“Ini merupakan suspek kesembilan, menjadikan lapan kini sedang dalam tahanan.
~Sarawakvoice
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY