'/>

Sifat hipokrasi sebuah parti...

Saya fikir keputusan Jawatankuasa DAP Pulau Pinang semalam yang telah bersetuju untuk mengekalkan Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri adalah amat memalukan. Ini jelas mempamerkan sifat hipokrasi yang luar biasa sebuah parti yang kononnya memperjuangkan pentadbiran Kerajaan yang cekap, berakauntabiliti lagi telus.

Saya sudah menjangkakan teriakan "konspirasi politik" akan dilaungkan oleh Lim Guan Eng demi menagih simpati rakyat untuk terus berkuasa sebagai Ketua Menteri.

Beliau mengatakan pendakwaan terhadapnya semalam merupakan konspirasi politik yang dirancang Kerajaan Pusat untuk menamatkan karier politiknya. Inilah skrip yang sering dipakai berulang kali apabila pimpinan parti Pakatan Harapan didakwa di Mahkamah.

DAP merupakan contoh terbaik sebuah parti yang mengamalkan sikap hipokrasi dalam berpolitik. Jikalau yang didakwa di Mahkamah merupakan pimpinan parti Barisan Nasional, merekalah yang pertama akan menggesa supaya pemimpin tersebut meletak jawatan, tetapi apabila pemimpin mereka didakwa di Mahkamah semalam, mereka pilih untuk bersikap hipokrit. Inilah sikap DAP dari awal penubuhannya.

Oleh yang demikian, hari ini saya menggesa Lim Guan Eng untuk meletakkan jawatan Ketua Menteri dengan kadar segera. Inilah waktunya beliau mempamerkan bahawa beliau benar-benar menjunjung politik yang bersih, telus dan beramanah.

~ibdilillah ishak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY