'/>

Kenaikan Gaji berkuatkuasa 1 Julai 2016

Selain kenaikan satu tangga gaji dan gaji minimum sebanyak RM1,200 kepada penjawat-penjawat awam seluruh negara, berkuatkuasa esok 1 Julai 2016 juga akan ada satu perubahan penting dalam pasaran buruh di Malaysia.
Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Sukacita saya umumkan bahawa Perintah Gaji Minimum 2016 juga akan dikuatkuasakan ke atas semua majikan. Gaji minimum negara untuk para pekerja semua sektor, kecuali perkhidmatan domestik atau pembantu rumah, akan dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung, dan daripada RM800 kepada RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Semoga peningkatan pendapatan ini akan membawa manfaat kepada para pekerja dengan struktur penggajian yang lebih saksama selain menggalakkan peningkatan produktiviti dan pekerjaan berkemahiran tinggi.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY