Kementerian Pertahanan Malaysia telah bersetuju untuk memperuntukkan RM35 juta untuk membesarkan lagi poliklinik di Kuching, RM25 juta untuk penambahbaikan Institut Kesihatan Angkatan Tentera di Terendak dan RM35 juta lagi diperuntukkan khusus untuk projek pembinaan Insititut Penerbangan Perubatan di Pangkalan Udara Tentera Udara DiRaja Malaysia, Subang. Tidak dilupakan juga, penambahbaikan akan turut dilakukan terhadap Hospital Tentera di Kota Kinabalu dan ibukota Kuala Lumpur.
Semoga segala usaha yang dijalankan ini dapat mengangkat perkhidmatan Perubatan Ketenteraan Negara kepada satu aras yang lebih tinggi seterusnya menjadikan Angkatan Tentera Malaysia disegani diperingkat serantau dan dunia.
Foto by : FB hishammuddin hussein
No comments: