'/>

Semua pihak mesti bersatu hati #CMADENAN #MaalHijrah1438

Tahun baru Hijrah 1438 datang kepada kita dengan harapan baru untuk kita semua bertekad bersatu padu menjayakan agenda memakmurkan negara kita. Sejarah kejayaan setiap bangsa dan umat semuanya bermula dengan tekad untuk memajukan diri dan masyarakat. Syarat utama kejayaan setiap agenda besar ialah semua pihak mesti menjadi agen kejayaan.

Semua pihak mesti bersatu hati. Inilah yang kita namakan sebagai perpaduan dan ukhuwah persaudaraan. Jika kita telusuri kejayaan hijrah Nabi Muhammad SAW kita akan dapati faktor utama kejayaan baginda ini adalah baginda menanamkan tekad besar untuk berjaya kepada umat nya. Umat baginda pula cukup responsif dan komited dengan mengutamakan perpaduan dan kesatuan ukhuwah di kalangan umat untuk berjaya mencapai tekad kemajuan.

Mengambil semangat hijrah Nabi Muhammad SAW ini, saya menyeru semua pihak untuk terus maju ke hadapan bekerja keras untuk memajukan negara kita. Kesatuan umat juga perlu sentiasa diutamakan agar semua pihak dapat menikmati kejayaan dan kecemerlangan negara kita.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1438 untuk semua!

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY