'/>

TKM Sarawak dikecam di media sosial..

Setakat pagi (28 November 2016) tadi sebanyak 234 komen dan 295 share.Pelbagai kecaman dibuat oleh netizen..


Uggah minta penganut Kristian hormati agama lain demi keharmonian S’wak

KUCHING: Masyarakat Sarawak perlu menolak anasir luar yang berniat jahat memecah belah perpaduan di Sarawak, selain sentiasa menghormati agama lain bagi memastikan keharmonian kaum terus dipelihara.

“Kita mampu duduk dalam satu platform sama meskipun berbeza kepercayaan dan agama, inilah keunikan kita,”  kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berucap menghadiri sambutan ulang tahun ke-100 Gereja Seventh-Day Adventist (SDA) Sarawak di Stadium Perpaduan Kuching pada Sabtu.

Uggah yang juga menteri bertanggungjawab hal ehwal bukan Islam berkata Kerajaan Negeri komited menyokong pembangunan institusi agama di negeri ini.

Menurut Uggah, kerajaan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem terus memartabatkan institusi keagamaan di negeri ini yang mempunyai pelbagai latar belakang agama.

Jelasnya, Adenan tidak hanya menekankan kepentingan orang Islam, namun agama lain turut diambil berat.

Menurut Uggah, Adenan mengamalkan prinsip pemimpin untuk semua lapisan rakyat.

Bahkan, menurutnya Adenan sanggup menubuhkan jabatan hal ehwal bukan Islam di Sarawak dan melantik beliau bertanggungjawab mengendalinya.

Uggah turut mengumumkan peruntukan RM100,000 daripada kerajaan untuk gereja tersebut.

Berkaitan isu sekolah yang dikendalikan oleh SDA bermasalah, Uggah berkata kerajaan sedia melihat untuk menghulurkan bantuan. – Sarawakvoice

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY