'/>

Infrastruktur dan perkhidmatan komunikasi kini memainkan peranan penting dalam merapatkan jurang digital dan sosio-ekonomi #DUN2016

Kerajaan BN Sarawak melalui MCMC telah  melaburkan lebih RM2 Bilion untuk perkembangan infrastruktur di Sarawak sejak 2008 hingga kini menurut Menteri Kemudahan Awam Sarawak ,YB Dato Sri Dr. Stephen Rundi  Anak Utom.

Sebanyak 412 buah menara komunikasi sebagai tambahan kepada 700 buah menara komunikasi yang sedia ada ,124 buah Pusat Internet 1 Malaysia dan sambungan gentian optik didaratan sepanjang 1237 km.

Tambahan YB Dato Sri lagi usaha ini membolehkan penggunaan jalur lebar meningkat dari 13 % pada 2008 ke 53 % pada suku kedua tahun 2016.

Ini adalah untuk memastikan kemudahan ini adalah berangkai seterusnya memberi kualiti perkhidmatan yang lebih baik ke seluruh kawasan di Sarawak.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY