'/>

Istimewa..Robot sebagai pelayan pelanggan

KUCHING: Deretan patung kucing di tengah bandar Kuching sudah terlalu sinonim kepada pelancong yang berkunjung ke Sarawak. Buat sekian lama, ia menjadi mercu tanda dan tarikan industri pelancongan di sana.

Namun, kini terdapat tarikan baharu yang unik jika anda berkunjung ke sana, sebuah restoran dengan pelayan “istimewa” yang tidak akan dapat anda temui di tempat lain.

Sarawak Tourism Board menerusi laman Facebook mempaparkan Restoran CH Premier di Kuching berjaya tersenarai dalam Malaysia Book of Records kerana menjadi restoran pertama menggunakan robot sebagai pelayan untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan.

Baca lanjut di:http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2016/12/27/robot-jadi-pelayan-restoran-di-kuching/

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY