'/>

Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo #AkuJanji

Lapan pakej yang dilancarkan merupakan sebahagian daripada 11 pakej jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang sedang giat dilaksanakan di pelbagai kawasan di Sarawak.

Pakej-pakej tersebut ialah Sematan ke Jambatan Sungai Moyan sepanjang 95km, persimpangan Pantu ke Batang Skrang (89km), Batang Skrang ke Jambatan Sungai Awik (68km) dan Jambatan Sungai Awik ke Persimpangan Bintangor (64km).

Turut terlibat dalam pakej tersebut Jambatan Sungai Kua ke Jambatan Sungai Arip sepanjang 64km, Jambatan Sungai Arip ke Persimpangan Bintulu (65km), Persimpangan Bakun ke Sungai Tangap (77 km) dan Persimpangan Sungai Tangap ke Pujut Link Road (80km).

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY