'/>

Seramai 33 Pendaki Gunung Brik Terperangkap Dan Gagal Dihubungi

Seramai 33 Pendaki Gunung Brik Terperangkap Dan Gagal Dihubungi

BAU - Seramai 33 orang dari sebuah kelab mendaki ke Gunung Brik Kampung Trigus pada 10 Disember (Sabtu) dan dijangka balik pada 11 Disember (Ahad) terperangkap dan gagal pulang mengikut jadual serta gagal dihubungi.

Menurut jurucakap Bomba, pada jam 8.30 pagi tadi, pihak Polis Ibu Pejabat Daerah Bau telah menerima satu laporan daripada Royling Ken yang melaporkan seramai 33 pendaki telah gagal pulang pada masa yang dijangkakan.

Sehubungan itu, Balai Bomba dan Penyelamat Bau seramai 3 orang yang diketuai oleh PBK II Kadri Bogol telah bergerak ke lokasi kejadian untuk mengatur gerak kerja operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Operasi SAR akan disertai oleh Pasukan Khas JBPM STORM dan MUST Team yang akan bergerak ke lokasi pada tengahari ini.

Menurut jurucakap Bomba lagi, jarak daripada Kampung Trigus untuk pergi ke Gunung Brik mengambil masa selama 6 jam.

Foto : fb friend of klxpress Sarawak

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY