'/>

Rombongan BNBBC Sarawak serta Setiausaha Politik ziarah pusara Allahyarham Tok Nan

Rombongan dari BNBBC Sarawak serta  Setiausaha Politik yg di ketuai oleh  Ketua Setiausaha Politik (CPS) dan pengerusi BNBBC YB Abdullah Hj. Saidol menziarahi pusara Allahyarham Tok Nan..
27.Jan adalah juga tarikh Lahir Arwah Tok Nan..

Sebenarnya beberapa hari sebelum Tok Nan pergi, bagi pihak BNBBC & Pol.Sec. ingin mengadakan majlis menyambut Harijadi utk Arwah dan perkara ini telah di maklumkan secara sulit dgn Puan Sri Jamilah.

Puan Sri Jamilah menasihat kami supaya mengadakan majlis tersebut secara tertutup tanpa perlu publisiti atas kehendak Arwah Tan Sri.

Memandangkan hajat kami tidak kesampaian, maka kami mengadakan majlis ziarah ini.
Dlm majlis ringkas tersebut, CPS telah menyampaikan beberapa pesanan arwah kpd semua yg hadir..melalui perbualan talipon beberapa hari sebelum Arwah meninggal..

Arwah mahu kita menyayangi negeri ini sebagaimana beliau bersungguh mempertahankan hak & maruah negeri ini.

Arwah berkata, "don't mumble too much about the dark, the least..just light the candle".. lebih kurang bermaksud, "Jangan asyik mengeluh pasal kegelapan, paling kurang pun..nyalakan lilin.."

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY