'/>

ADAKAH PBDSB KETANDUSAN PEMIMPIN #PrkTjDatu

PARTI BANSA DAYAK SARAWAK BARU (PBDSB) IMPORT CALON PAN? ADAKAH PBDSB KETANDUSAN PEMIMPIN!

PBDSB telah meletakkan calonnya Rapelson Richard Hamit untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N3 Tanjung Datu yang 'diimport' dari Parti Amanah (PAN). Rapelson, 30-an pernah bertanding atas tiket PAN di kerusi DUN Gedong pada pilihanraya Negeri ke-11, 7 Mei yang lalu.

Tindakan PBDSB yang meletakkan calonnya Rapelson pada pilihanraya kecil Tanjung Datu kali ini jelas menunjukkan bahawa parti itu sudah ketandusan calon dan tiada pemimpin berkaliber yang boleh dipilih dari kalangan parti PBDSB itu sendiri. Tindakan mengimport calon dari parti lain jelas memperlihatkan kelemahan parti tersebut yang tiadanya muka baru yang boleh diketengahkan untuk mewakili parti tersebut.

Presiden PBDSB, Cobbold John Lusoi, berkata pihaknya mencapai persetujuan dengan PAN untuk mencalonkan Rapelson. Taktik menggunakan calon dari parti Pakatan Harapan memperlihatkan strategi politik parti pembangkang tempatan yang ketandusan idea dan calon sehingga sanggup mengadaikan maruah parti politik mereka.

Hakikatnya Rapelson adalah merupakan ahli PAN dan walaupun persetujuan pucuk pimpinan PAN membenarkan beliau bertanding atas tiket PBDSB sebenarnya memburukkan lagi imej parti pembangkang tempatan tersebut yang langsung tidak bermaruah seolah-olah, parti PBDSB tiada lagi calon sesuai yang boleh diketengahkan untuk pilihanraya kecil bagi mewakili parti tersebut.

PBDSB sebenarnya sudah tertewas pada pilihan raya kecil ini kerana mereka meletakkan Rapelson sebagai calonnya yang langsung tidak menunjukkan semangat dan imej sebenar parti PBDSB.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY