'/>

Pusat aktiviti sabung ayam kena serbu polis

Samarahan:Kira-kira 226 orang kaki judi berjaya ditahan oleh pihak polis di sebuah pusat aktiviti sabung ayam di Taman Belian, Kota Samarahan kira-kira jam 3.35 petang tadi. Kesemua yang ditahan telah pun dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan selanjutnya.

Menurut maklumat awal, hasil serbuan yang dijalankan oleh pihak polis tersebut, pihak polis telah menyita 21 ayam sabung hidup, cip perjudian dan sejumlah wang tunai. Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan, Ordinan Haiwan 1962.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY