'/>

10 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak ditahan SPRM

Kuching:10 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Sarawak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  selepas disyaki menerima suapan bagi melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) hari ini.

Kesemua pegawai terbabit ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibupejabat SPRM Putrajaya di empat lokasi berasingan iaitu di Ibu pejabat Jabatan Imigresen Sarawak,Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Pejabat Imigresen Pending dan Depoh Tahanan Imigresen Serian.

Penahanan terbabit, bertindak atas risikan dan maklumat susulan operasi khas, ops batas yang dilaksanakan sebelum ini bagi memerangi kegiatan melindungi pendatang asing tanpa izin PATI termasuk yang berkerja secara haram di sarawak

Kesemua suspek, masing-masing empat lelaki dan enam perempuan berusia antara 33 hingga 53 tahun, ditahan dalam Ops Batas II susulan Ops Batas I yang dilancarkan sebelum ini.SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman bagi kesemua suspek esok bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY