'/>

Masalah sosial perlu perhatian semua pihak - TPM

BANGI: Penyalahgunaan dadah dalam kalangan kanak-kanak seawal usia tujuh tahun dan kewujudan 343,000 kanak-kanak tidak sah taraf, tahun lalu adalah antara contoh keruntuhan sosial masyarakat yang perlu diberi perhatian serius.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata keruntuhan sosial berada pada tahap yang perlu diberikan 'kepedulian yang mendalam' iaitu semua pihak perlu komited untuk mengambil tahu dan berusaha menanganinya.

"Sebagai contoh, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di bawah Kementerian Dalam Negeri mendapati pengedar dadah sedang berusaha untuk mewujudkan permintaan terhadap bahan terlarang ini.

"Dapatan kajian terbaru mendapati umur paling rendah yang menyalahgunakan dadah adalah tujuh tahun....ini kerana mereka meletakkan bahan narkotik dalam gula-gula, makanan.

"Kajian terbaharu juga menunjukkan, dalam kalangan negara ASEAN, makanan seperti roti dan makanan lain diletakkan bahan ini.

Mengulas mengenai anak tidak sah taraf, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri mengesahkan jumlah kanak-kanak itu merangkumi anak kepada pasangan suami isteri yang tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Katanya, tindakan itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak boleh menjadi warga negara.

"Kesan jangka panjang menyebabkan berlaku kezaliman kepada anak-anak ini.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY