'/>

Naik Taraf 424 Menara Telekomunikasi di S’wak Dijangka Siap Sebelum Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja melibatkan 424 menara telekomunikasi sedia ada di Sarawak yang sedang dinaik taraf kepada liputan 3G atau LTE dijangka siap sepenuhnya sebelum akhir tahun ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata proses naik taraf itu meliputi kesemua 438 kawasan liputan Wifi Komuniti di negeri itu.

"Kerajaan sedang meneliti cadangan supaya perkhidmatan Wifi Komuniti diteruskan dengan mengambil kira penyediaan dan liputan perkhidmatan 3G serta aspek teknikal yang berkaitan.
"Kerajaan juga sedang melaksanakan inisiatif penaiktarafan liputan jalur lebar 3G atau LTE yang mampu memberi kelajuan yang lebih baik berbanding dengan Wifi Komuniti yang sedia ada," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
Menjelas lanjut mengenai Wifi Komuniti, Salleh berkata perkhidmatan tersebut merupakan kemudahan 'hot spot' Wifi dan bukannya merujuk kepada sesebuah pusat internet.
Katanya, kemudahan itu hanya bersifat sementara bagi menyediakan kemudahan perkhidmatan internet kepada penduduk dalam had liputan dan akses tertentu di Sarawak.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY