'/>

Menteri Tugas Khas dan tugasnya.

Menteri Tugas Khas dan tugasnya.

Hishamuddin Hussein dilantik menjadi Menteri Tugas Khas. Ini bukan perkara yang baru. Masa Tun Razak jadi Perdana Menteri, dia juga banyak melantik Menteri Tugas Khas. Ghazali Shafie disamping Menteri Penerangan juga Menteri Tugas Khas, Asri Haji Muda, disamping Menteri Kemajuan Tanah, juga Menteri Tugas Khas. Lim Kheng Yaik, di samping Menteri Perumahan, juga Menteri Tugas Khas.

Apa sebenarnya tugas Menteri Tugas Khas? Dizaman Tun Razak. Menteri Tugas Khas adalah merupakan  'perwakilan kuasa' kuasa-kuasa Perdana Menteri kepada seorang Menteri bagi menjalankan misi atau tugas yang menjadi tanggung jawab Perdana Menteri saperti mana termaktub dalam Akta Tugas Menteri 1960.

Beliau boleh mempengerusikan Mesyuarat bagi pihak Perdana Menteri dan membuat keputusan tanpa merujuk kepada Perdana Menteri dan Kabinet. Tugasnya hanya dalam satu misi yang diberikan oleh Perdana Menteri.

Maka Menteri Tugas Khas yang baru ini kenalah menjelaskan tugasnya. Adakah dia akan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, dimana Menteri Dalam Negeri  hanya sebagai ahli dan kena menerima arahan darinya.. Kemungkinan ada, kepastian belum pasti ada.

Kuala Lumpur
April 12.2017.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY