'/>

Jambatan hubungkan Pulau Bruit, Semop dengan Matu-Daro diluluskan

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg  berkata, kerajaan negeri bersetuju meluluskan pembinaan sebuah lagi jambatan yang bakal menghubungkan kawasan Pulau Bruit, Semop dengan Matu-Daro.
Ketua Menteri berkata, jambatan itu merupakan jambatan kedua terpanjang di negeri ini selepas Batang Lupar. Jambatan sepanjang 2.5 kilometer itu bakal memudahkan pergerakan penduduk di kawasan berkenaan sekitar sekali gus mempercepatkan aktiviti ekonomi setempat.

Sebuah jawatankuasa di bawah Unit Perancang Negeri akan ditubuhkan untuk menjalankan kajian projek tersebut seperti anggaran kos pembinaan dan sebagainya.
Abang Johari berkata demikian semasa Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Bersama Ketua Menteri di pekan baru Daro pagi ini.
Selepas itu, Ketua Menteri merasmikan bangunan Pejabat Daerah Daro yang baru.
Lebih 10,000 menghadiri majlis itu, malah ada datang dari Kuching dan kawasan sekitar.
Sementara itu, Ahli Parlimen Igan, Datuk Abdul Wahab Dolah dan ADUN Daro, Safiee Ahmad turut berucap.
Sumber :Jiwa bakti

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY