Sarikei:Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Sarikei menahan 2 lelaki berusia diantara 16 dan 41 tahun dipercayai terlibat dalam kegiatan penyalahangunaan dadah. Menurut Ketua Polis Daerah Sarikei, Superitenden Mat Jusoh Mohamad suspek ini telah menjalani saringan air kencing, kedua-dua suspek positif dadah jenis Meth. Kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tangkapan itu merupakan satu lagi kejayaan terkini Polis Sarikei dalam usaha membentras kegiatan jenayah terbabit.
No comments: