'/>

Dua Pegawai HDC Sarawak Dan Seorang Pengurus Syarikat Ditahan SPRM

Dua Pegawai HDC Sarawak Dan Seorang Pengurus Syarikat Ditahan SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua pegawai Perbadanan Perumahan (HDC) Sarawak bagi membantu siasatan berkaitan dengan tender mengecat dan membaikpulih yang tidak dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik di Miri, Sarawak.

SPRM juga turut menahan seorang pengurus yang dilantik untuk melaksanakan projek tender yang dibuka pada April 2015 itu dalam satu operasi tengahari tadi.

Suspek ditahan itu adalah seorang jurutera, 39-tahun dan juruteknik kanan, 59-tahun, manakala pengurus yang ditahan itu berusia 49 tahun.

Difahamkan, tender itu telah dibuka oleh HDC Sarawak pada 2015 bagi kerja-kerja mengecat dan membaikpulih 12 unit rumah flat 2 tingkat di Miri yang terbakar dan sebanyak 10 permohonan diterima dengan sebuah syarikat kemudiannya dilantik melalui nilai tawaran harga melebihi RM2 juta.

Adalah dipercayai, syarikat itu sebaliknya telah melantik sebuah lagi syarikat sub kontraktor milik individu lain bagi melaksanakan kerja-kerja mengecat dan membaiki kerosakan 47 blok bangunan.

Pada tahun 2016 tersebut telah dikatakan membuat tuntutan pembayaran berjumlah RM11969 kepada Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) sedangkan kerja-kerja tersebut tidak pernah dilakukan.

Difahamkan, maklumat berhubung kes tersebut diperolehi oleh SPRM menerusi laporan audit negara 2016.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan SPRM, Dato Simi Abd Ghani ketika dihubungi pemberita mengesahkan perkara itu dan berkata kesemua suspek akan direman esok bagi membantu siasatan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY